Perunding hartanah jadi mangsa scammer 

Perunding hartanah jadi mangsa scammer 

SUPERINTENDAN Roslan Mohd Talib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Perunding hartanah antara empat rakyat tempatan jadi mangsa scammer dalam talian membabitkan kerugian berjumlah RM21,300.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiga lagi mangsa merupakan peniaga, pekebun dan eksekutif pentadbiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima empat laporan berkait kes penipuan di mana mangsa telah mengalami kerugian barangan kemas dan wang tunai, baru-baru ini.

Beliau berkata, modus operasi sindiket membabitkan penipuan tiket loteri awam, pinjaman tidak wujud, pembelian kereta dan tajaan tiket penerbangan bagi urusan jualan hartanah.

“Keempat-empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita, merupakan warga tempatan berumur antara 35 hingga 76 tahun. Mereka telah diperdaya bermula 2 Jun sehingga 22 Julai lalu.

“Kerugian dialami oleh keempat-empat mangsa dalam kes ini berjumlah RM21,300,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai individu yang menawarkan keuntungan tidak munasabah dan  sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan ‘scam’ melalui laman sosial jabatan siasatan jenayah komersial seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok. 

“Sekiranya seseorang telah menjadi mangsa ‘scam’, sila hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang dari akaun suspek,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN