Peserta himpunan bawa kanak-kanak, ingkar arahan polis

Peserta himpunan bawa kanak-kanak, ingkar arahan polis

KANAK-kanak turut kelihatan hadir pada penganjuran Himpunan Turun Anwar di ibu negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ada di antara peserta Himpunan Turun Anwar di ibu negara hari ini dilihat turut membawa kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kompleks beli-belah Sogo iaitu salah satu lokasi peserta himpunan itu berkumpul mendapati peserta membawa anak masing-masing sekali gus melanggar larangan yang dibuat pihak polis sebelum ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad sebelum ini menegaskan larangan membawa kanak-kanak ke himpunan itu bertujuan memastikan keselamatan dan pematuhan terhadap undang-undang.

Polis turut mengingatkan peserta agar tidak membawa sebarang objek tajam, bahan berbahaya, mercun serta mengelak daripada mengangkat sepanduk atau melaungkan ucapan yang menyentuh isu 3R selain mengelak daripada melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan kekacauan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN