NGO harap rakyat buat pertimbang wajar sebelum mahu turunkan pemimpin

NGO harap rakyat buat pertimbang wajar sebelum mahu turunkan pemimpin

ANWAR Ibrahim bertemu dengan orang ramai yang menyambut ketibaannya dalam sebuah program di Alor Setar, semalam. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta masyarakat khususnya golongan muda membuat pertimbangan sewajarnya agar tidak terheret ke dalam kancah politik kebencian sehingga mahu menurunkan pemimpin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Persatuan Anak Muda Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan cubaan pembangkang menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

“Kita jangan terpengaruh dengan dakyah politik yang terpesong ini. Mereka cuba tanam kebencian sehingga boleh pecah-belahkan rakyat dan rugikan negara. Kalau mahu berpolitik, ikut saluran betul. Hendak cabar Perdana Menteri bawalah usul tidak percaya ke Parlimen,” katanya.

Zuraidi berkata, kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah, semalam turut meniupkan semangat luar biasa kepada golongan belia negeri itu, khususnya anak muda yang terus berdiri teguh menyokong kepimpinan beliau.

Katanya, sambutan hangat daripada anak muda membuktikan keyakinan mereka terhadap usaha kerajaan pimpinan Anwar dalam membina negara yang lebih baik dan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Hari ini ada satu program di Kuala Lumpur kononnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetapi semalam, anak-anak muda Kedah membuktikan sokongan luar biasa kepada beliau,” katanya.

Mengulas pengumuman terkini Perdana Menteri, beliau berkata, keputusan kerajaan menurunkan harga minyak dan memberikan bantuan tunai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menunjukkan keprihatinan terhadap nasib rakyat, khususnya golongan muda.

“Baru saja Perdana Menteri umum setiap rakyat 18 tahun ke atas akan dapat imbuhan yang tak pernah terfikir dalam sejarah negara. Ada yang kata RM100 itu kecil, tapi kalau satu keluarga ada 10 orang yang layak terima SARA, maknanya boleh dapat sehingga RM1,000. Itu bukan jumlah yang kecil,” ujarnya.

Sehubungan itu, Zuraidi mengajak rakyat memberi ruang kepada Anwar untuk meneruskan usaha membangunkan negara kerana walaupun hanya dalam tempoh dua tahun setengah ini sudah banyak langkah besar diambil untuk rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN