Sultan Kedah rasmi Festival Hari Muzium Antarabangsa 

Sultan Kedah rasmi Festival Hari Muzium Antarabangsa 

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah mencemar duli ke Majlis Perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2025 di Muzium Padi, Gunung Keriang di Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2025 di Muzium Padi, Gunung Keriang di sini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda diiringi Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.  

Sultan Kedah turut berkenan meluangkan masa melawat tapak pameran yang menghimpunkan lebih 1,000 warga muzium dari seluruh negara termasuk Singapura dan Indonesia. 

Lebih 30 aktiviti utama disusun bagi menarik minat orang ramai, termasuk pameran muzium dalam dan luar negara; permainan tradisional; pertandingan masakan; jualan kraf; sukan rakyat; persembahan kebudayaan; bengkel wau; cabutan bertuah dan Museum Fun Run.

Antara acara paling unik adalah ‘Pakat Tughun Bendang’ dan perlawanan bola sepak bendang yang mengangkat budaya dan tradisi masyarakat tani Kedah, selain itu festival turut menjangkau kawasan luar bandar termasuk di Baling yang melibatkan komuniti Kensiu, salah satu etnik Orang Asli tertua di Semenanjung. 

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, pendekatan festival tahun ini menumpukan kepada usaha merakyatkan muzium dengan menekankan elemen capaian menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat. 

“Festival ini tidak hanya menunggu pengunjung hadir ke muzium, tetapi muzium itu sendiri hadir kepada masyarakat termasuk di ceruk dan seluruh tanah air,” katanya.

Katanya, festival itu menyasarkan 150,000 pengunjung sepanjang acara itu berlangsung, melibatkan komuniti tempatan, warga Kedah, institusi permuziuman, penyelidik, pelajar, NGO, agensi kerajaan, profesional serta penggiat muzium dari dalam dan luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN