1,200 sertai acara larian konsep kitar semula Ecotrail Putrajaya

1,200 sertai acara larian konsep kitar semula Ecotrail Putrajaya

SEBANYAK 1,200 peserta dari pelbagai negara menyertai acara larian denai Ecotrail Putrajaya tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,200 peserta dari pelbagai negara menyertai acara larian denai Ecotrail Putrajaya tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganjur kejohanan, Mohd. Bukhari Ismail berkata, penganjuran kali keempat larian denai itu menerapkan konsep kitar semula kepada semua peserta yang menyertai setiap kategori.

Selain itu katanya, acara berkenaan menggalakkan pelari-pelari untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dan kepada alam sekitar.

“Acara larian Ecotrail Putrajaya ini diinspirasikan daripada acara larian Ecotrail yang telah lama bertapak di Paris, Perancis sejak tahun 2008. Sejak dari itu, ia telah dianjurkan di beberapa buah negara Eropah.

“Malaysia pula menjadi negara pertama di Asia yang diberi kebenaran melaksanakan acara larian ini sejak 2019 dengan syarikat 10 Sense diberi kepercayaan untuk menganjurkannya setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah acara larian kategori ultra sejauh 50 kilometer (km) dan 80km selain dua jarak sederhana iaitu 10km dan 30km.

Pada perlumbaan yang berlangsung baru-baru ini, acara 80km bagi kategori lelaki dimenangi Zulkarnain Mat Nor manakala dalam saingan wanita diungguli Lee Yee Shi selain kategori veteran dimenangi Yih Huan Sua (lelaki) dan Nurazlina (wanita).

Sementara itu, acara 50km dimenangi Pierre Algret (lelaki) dan Ritzy Amor Ectin (wanita) manakala kategori veteran diungguli Mohd. Hasrul Hisham Hasim (lelaki) dan Agustina Verawati (wanita).

Apa yang menarik adalah peserta-peserta perlu melalui pelbagai jenis laluan melibatkan kawasan berbukit, curam, hutan dan denai yang menawarkan keindahan Pusat Pentadbiran itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN