Kilang peralatan plastik kegunaan kenderaan terbakar

Kilang peralatan plastik kegunaan kenderaan terbakar

KILANG peralatan plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Budiman, Taman Putra Budiman, Petaling Jaya, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kilang membuat peralatan plastik jenis Emergency Reflective untuk kegunaan kenderaan di Jalan Budiman, Taman Putra Budiman di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 3.02 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mohktar berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussien Onn dengan bantuan BBP Seri Kembangan, BBP Kajang dan BBP Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian sejauh tujuh kilometer.

“Setibanya di lokasi pada pukul 3.09 pagi, pasukan mendapati kebakaran telah memusnahkan kira-kira 60 peratus struktur kilang tersebut.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan kerja-kerja pemadaman dijalankan secara menyeluruh sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.50 pagi,” katanya.

Menurut beliau, operasi pemadaman diketuai Komander Operasi, PBK II Che Norizan Che Man dengan kekuatan 16 anggota termasuk pegawai kanan lokasi PPgB Mohamad Akmal Mohamad Khairi dan PPgB Mohd Hafis Hamdany.

Tambahnya, operasi turut melibatkan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah tangki air.

“Turut membantu di lokasi ialah enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan kawalan keselamatan dan laluan trafik di sekitar kawasan kejadian,” katanya.

Kesemua kerja pemadaman dan operasi pembersihan selesai sepenuhnya pada pukul 7 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN