PIWN 2025-2030 diluncur selepas diperkenan Majlis Raja-Raja

Pelan Induk Wakaf Nasional 2025-2030 diluncur selepas diperkenan Majlis Raja-Raja

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025-2030 akan diluncurkan selepas diluluskan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan diperkenan oleh Majlis Raja-Raja (MRR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kertas makluman status PIWN sudah dibentangkan pada 1 Julai lalu iaitu dalam MKI kali ke-73 yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Setelah semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) menyokong dan bersetuju, PIWN akan diangkat sekali lagi sebagai kertas cadangan untuk pertimbangan dan kelulusan di peringkat MKI.

“Seterusnya akan disembah kepada MRR untuk perkenan terlebih dahulu sebelum boleh diluncurkan,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di dalam laman sesawang Parlimen Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang memintanya untuk menyatakan bila PIWN 2025-2030 akan dilancarkan.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, manfaat yang terhasil daripada PIWN 2025-2030 adalah sebahagiannya akan dilaburkan semula dan sebahagian diagihkan untuk membiayai pelbagai program sosioekonomi.

“Termasuk keagamaan, pendidikan, kesihatan, persekitaran, pemerkasaan ekonomi rakyat dan sebagainya manakala sebahagian lagi akan diserahkan kepada pihak MAIN sebagai wakaf,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×