PARLIMEN: Tiada bukti cukup dakwa Zamri Vinoth, Firdaus Wong

PARLIMEN: Tiada bukti cukup dakwa Zamri Vinoth, Firdaus Wong

AZALINA OTHMAN SAID - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan sebarang elemen kesalahan terhadap dua individu iaitu Zamri Vinoth dan Firdaus Wong di bawah mana-mana peruntukan undang-undang bagi membolehkan mereka didakwa di mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kertas siasatan terbabit telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan arahan dan keputusan.

Katanya, kertas siasatan berkaitan aduan terhadap kedua-dua individu berkenaan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seterusnya dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklum balas daripada AGC, saya dimaklumkan setakat ini tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan elemen kesalahan mengikut mana-mana peruntukan undang-undang terhadap kedua-dua individu tersebut,” katanya di dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web rasmi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (PH-Jelutong) berhubung Zamri Vinoth dan Firdaus Wong yang belum lagi dituduh di mahkamah walaupun terdapat ratusan laporan polis telah dibuat terhadap dua individu ini.

Bagaimanapun, Azalina menegaskan bahawa kes jenayah tidak tertakluk kepada had masa seperti kes sivil justeru siasatan dan semakan lanjut masih boleh diteruskan sekiranya terdapat perkembangan baharu pada masa akan datang.

Isu membabitkan kedua-dua individu itu sebelum ini mencetuskan perhatian umum susulan pelbagai aduan berkait kandungan sensitif dan kontroversi di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×