Lahirkan graduan politeknik TVET berdisiplin, berkemahiran tinggi

Lahirkan graduan politeknik TVET berdisiplin, berkemahiran tinggi

BINA graduan holistik, berkemahiran tinggi, berdisiplin dan patriotik, serta berupaya menyumbang kepada keselamatan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEM Tahunan Tentera Wilayah Politeknik Malaysia (MALPTAAC) Siri 16/2025 menandakan permulaan kepada program intensif selama 14 hari yang menghimpunkan penyertaan para pelajar dari politeknik seluruh Malaysia.

Program yang berlangsung dari 10 hingga 24 Julai 2025 ini disertai oleh lebih 700 pelajar dalam kalangan 17 politeknik seluruh negara, dengan kerjasama 12 Rejimen Siri 500 Askar Wataniah. Ia dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), Markas Tentera Darat dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) selaku pengelola bagi edisi kali ini.

Program ini selaras dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 dalam membina graduan holistik, berkemahiran tinggi, berdisiplin dan patriotik, serta berupaya menyumbang kepada keselamatan negara melalui latihan ketenteraan berstruktur dan pembangunan kemahiran insaniah secara menyeluruh.

Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang kem ini termasuk ujian jalan laju (UJL) lima kilometer, pandu arah, pertandingan menembak, multi relay, pertandingan sukan, kelas operasi dalam kawasan terbina (OBUA) serta pelaksanaan Program Jiwa Murni Madani yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. Kesemua aktiviti ini didedahkan melalui latihan ketenteraan yang mana tidak semua masyarakat dapat menimba pengalaman sedemikian. Ini adalah sebahagian daripada proses membentuk kemahiran insaniah dan ketahanan mental serta fizikal yang penting untuk melahirkan graduan berdaya saing.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ini juga mengukuhkan semangat patriotik dan nilai kerjasama dalam kalangan mahasiswa TVET. Program ini juga menjadi medan penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan Angkatan Tentera Malaysia, serta memperkenalkan elemen pertahanan dan keselamatan dalam pendidikan TVET sebagai nilai tambah kepada pembangunan modal insan negara. – UTUSAN

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×