Temerloh catat IPU tidak sihat - Utusan Malaysia

Temerloh catat IPU tidak sihat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat kawasan di tiga negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 11.40 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan tertinggi direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan dengan IPU sebanyak 160, diikuti Johan Setia, Selangor (155), Banting, Selangor (152) dan Temerloh, Pahang (101).

Kesemua kawasan terbabit mencatatkan bacaan melebihi paras 100 yang dikategorikan sebagai tidak sihat bagi kesihatan orang awam, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Semalam Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilanda jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Katanya, berdasarkan pence­ra­pan imej satelit NOAA-20 ber­tarikh 18 Julai 2025 yang dianalisis oleh Pusat Meteo­rologi Khas ASEAN (ASMC), sebanyak 79 titik panas dikesan di kawasan Sumatera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN