Isi segera kekosongan jawatan hakim lain

Isi segera kekosongan jawatan hakim lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Peguam mengingatkan terdapat kekosongan jawatan penting dalam badan kehakiman yang perlu diisi segera bagi menjamin kelangsungan dan kelancaran pentadbiran keadilan negara meskipun terdapat pelantikan baharu tiga jawatan hakim mahkamah atasan.

Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, walaupun pihaknya mengalu-alukan pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, masih terdapat kekosongan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi.

“Walaupun pelantikan ini amat dialu-alukan selepas berbulan-bulan ketidaktentuan, masih terdapat banyak kekosongan jawatan penting sama ada yang sedang berlaku mahupun bakal berlaku di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis Peguam berharap semua kekosongan ini dapat diisi dengan segera dan secara telus demi memperkukuh keyakinan awam terhadap institusi kehakiman serta meningkatkan kecekapan pentadbiran keadilan di negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam

Mohamad Ezri berkata, pihaknya menaruh keyakinan bahawa individu yang dilantik mampu menerajui badan kehakiman dengan penuh kewibawaan, keberanian serta komitmen tidak berbelah bahagi terhadap prinsip keadilan.

“Rekod menunjukkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai kefahaman mendalam terhadap peranan suci badan kehakiman dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

Majlis Peguam turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelantikan dua hakim mahkamah atasan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Azizah Nawawi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini