Sotong goreng kunyit ala Thai

Sotong goreng kunyit ala Thai

lebih enak dihidang bersama telur dadar dan ulam-ulaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Jika sebelum ini selalu makan sotong goreng kunyit biasa, apa kata kali ini cuba buat resipi sotong goreng kunyit ala Thai pula. Resipi perkongsian Fatihah Hanapi ini lebih ‘kick’ dengan penambahan sos ikan, daun limau purut dan perahan limau nipis.
Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
Sotong
Serbuk kunyit
Serbuk perasa
1 biji bawang besar
Cili api (ikut tahap kepedasan disukai)
Daun limau purut
1 batang serai
Sedikit sos ikan
Gula (secukup rasa)
Sedikit sos tiram
Air perahan limau
Cara memasak
Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan serbuk perasa. Goreng sebentar dalam minyak panas untuk matikan air sotong terlebih dahulu. Ketepikan.
Dalam minyak yang sama, masukkan bawang besar, cili api, daun limau purut dan serai. Kacau sebati.
Masukkan pula sos ikan, sotong, gula, sos tiram dan akhir sekali perahan limau nipis untuk seimbangkan rasa. Masak sebentar untuk sebatikan bahan-bahan
Siap dihidang bersama nasi panas.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×