Annuar terima tawaran sebagai Presiden Kelantan-TRW

Annuar terima tawaran sebagai Presiden Kelantan-TRW

ANNUAR Musa (kanan) semasa sidang media di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bapa pembangunan bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahakan beliau menerima tawaran sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) berkuatkuasa serta-merta.

Annuar berkata, keputusan menggalas tanggungjawab itu dibuat bagi memulihkan semula bola sepak Kelantan yang pernah melalui zaman kegemilangan sebelum ini.

Menurutnya, sebelum membuat keputusan beliau telah duduk semeja dengan pengurusan untuk mendapatkan gambaran penuh berkaitan landskap pasukan.

“Mengambil kira keperluan memulihkan semula pasukan Kelantan, saya bersetuju menerima tawaran tersebut.

“Tanggungjawan ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh Kelantan-TRW kepada saya,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di bilik mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu memberitahu, untuk musim 2025/2026 beliau menyasarkan untuk memberi saingan kepada pasukan kuat yang beraksi di Liga Super.

Annuar mempunyai pengalaman mentadbir KAFA, memimpin Kelantan The Red Warriors dan bertindak sebagai Pengerusi Kuala Lumpur City FC (KL City).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×