Pastikan keselamatan, infrastruktur sekolah baik, terurus - Fadhlina - Utusan Malaysia

Pastikan keselamatan, infrastruktur sekolah baik, terurus – Fadhlina

FADHLINA Sidek (kanan) ketika ditemui pemberita di SMK Taman Widuri di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memberikan komitmen tinggi bagi memastikan keselamatan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah di seluruh negara berada pada tahap terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, semua sekolah menerima sokongan penyelenggaraan secara berkala manakala sebarang isu serius seperti kerosakan struktur atau keperluan baik pulih besar akan disiasat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama agensi berkaitan.

“Keselamatan bangunan sekolah adalah perkara yang tidak boleh dikompromi. 

“Sejak awal, ini merupakan komitmen kami untuk memastikan bahawa setiap sekolah diselenggara dengan baik dan sebarang struktur uzur perlu diambil tindakan segera kerana ia melibatkan persekitaran pembelajaran yang mesti selamat dan kondusif,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri di Sungai Bakap, hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut menegaskan bahawa sebarang isu penyelenggaraan perlu segera dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tindakan lanjut.

Katanya, pentadbir sekolah juga perlu berperanan aktif dalam memantau dan melaporkan isu berkaitan keselamatan dan penyelenggaraan bangunan.

“Pentadbir sekolah perlu menunjukkan komitmen dalam menangani isu ini dan kita mengambil perhatian serius kerana keutamaan kami adalah memastikan sekolah kekal sebagai tempat pembelajaran yang selamat dan kondusif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN