Negara EU disaran sedia stok darurat hadapi perang, pandemik

Negara EU disaran sedia stok darurat hadapi ancaman ketenteraan, pandemik

EU menggesa semua negara anggotanya menyediakan simpanan bekalan kecemasan sebagai siap siaga menghadapi ancaman serangan ketenteraan, pandemik atau bencana alam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah menyarankan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mewujudkan simpanan bekalan kecemasan melibatkan ubat-ubatan, penjana kuasa dan bahan mentah sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan serangan ketenteraan, pandemik atau bencana alam.

Cadangan itu dimuatkan dalam strategi stok simpanan pertama yang diumumkan EU semalam, yang turut menyenaraikan keperluan barangan seperti bahan penulenan air, peralatan membaiki kabel dasar laut, dron dan jambatan mudah alih sekiranya berlaku konflik.

EU sebelum ini menggesa orang awam menyimpan bekalan makanan, air dan keperluan asas mencukupi bagi tempoh 72 jam untuk menghadapi kemungkinan serangan ketenteraan, bencana alam, gangguan bekalan elektrik atau kemalangan industri besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai-pegawai kerajaan kini meneliti senarai barangan yang perlu disimpan serta langkah memperkukuh persediaan menghadapi kecemasan kesihatan termasuk pandemik, ancaman bahan kimia, nuklear atau biologi serta isu rintangan antimikrob.

Langkah ini diambil berikutan pandemik Covid-19, apabila EU bertindak sendiri dalam mendapatkan pelitup muka dan peralatan perubatan lain, sehingga menimbulkan kekurangan bekalan.

EU juga mengesyorkan satu senarai barangan penting yang sentiasa dikemaskini disediakan dan disesuaikan mengikut jenis krisis.

Menjelang 2026, EU bercadang menubuhkan sebuah pusat bahan mentah kritikal bagi tujuan pembelian bersama oleh syarikat yang berminat, mengurus penyimpanan stok.

EU juga menetapkan senarai ubatan dan teknologi yang perlu diberi keutamaan untuk diperoleh secara bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN