Peluang Montague sertai skuad kebangsaan

Peluang Montague sertai skuad kebangsaan 

HARRY MONTAGUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pemain yang dilaporkan memiliki pertalian darah England-Malaysia, Harry Montague mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada 11 pemain muda yang menandatangani kontrak biasiswa penuh bersama Akademi West Ham United bagi musim 2025/26.

Pemain berusia 16 tahun kelahiran London itu mencetuskan harapan bahawa dia berpotensi untuk menyarung jersi skuad muda negara satu hari nanti.

“West Ham United dengan sukacita mengumumkan bahawa 11 pemain muda berbakat telah menandatangani kontrak biasiswa penuh bersama Akademi Bola Sepak kelab itu bagi musim 2025/26,” menurut kenyataan rasmi kelab yang berpangkalan di London itu.

Harry, yang kini berlatih di pusat latihan Chadwell Heath, akan menerima bimbingan intensif dalam aspek bola sepak dan pendidikan sebagai sebahagian daripada perjalanan profesionalnya di akademi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam laman rasmi West Ham turut memaparkan kewarganegaraan Harry sebagai England-Malaysia, menguatkan lagi spekulasi bahawa dia mungkin memenuhi syarat untuk mewakili skuad Harimau Muda suatu hari nanti.

Dikenali sebagai pemain serba boleh, Harry mampu beraksi di beberapa posisi utama termasuk perancang tengah, pertahanan kanan dan tengah, dengan ketinggian fizikal 1.85 meter.

Pada Januari lalu, dia melakukan penampilan sulung bersama skuad bawah 18 tahun West Ham dalam aksi menentang Arsenal, sebelum menjadi pilihan tetap dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu.

Jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat memanfaatkan potensi pemain seperti Harry, ia pasti memberi nilai tambah besar kepada pembangunan bola sepak negara, khususnya di peringkat remaja pada masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×