‘Selesaikan segera isu air keruh’

‘Selesaikan segera isu air keruh’

ASMADI Mohammad menunjukkan kualiti air tapisan bumi di Kampung Pasir Sotong, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Penduduk di Kampung Pasir Sotong di sini mahu isu bekalan air bersih di­selesaikan segera kerana mereka bimbang sumber air bawah tanah terutama perigi atau te­laga tiub mengandungi besi (Fe) dan ma­ngan (Mn) yang tinggi.

Dakwa mereka, perkhidmatan bekalan air bersih yang sering terputus menyebabkan mereka terpaksa menggunakan sumber air tersebut walaupun boleh memudaratkan kesihatan.

Seorang penduduk, Asmadi Mohamad, 60, berkata, kebanyakan sumber air telaga tiub yang digunakan penduduk bukan sahaja keruh malah berkeladak dan berminyak.
“Selain berbau, kuku menjadi kehitam-hitaman selepas membasuh tangan menggunakan air ini.

“Paling teruk pakaian berwarna putih yang dibasuh bertukar menjadi kuning. Penduduk hanya menggunakan sumber air telaga itu untuk menyiram pokok dan mandi ketika bekalan air terputus,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ropi Jali, 50, berkata, dia terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli penapis air bagi memastikan bekalan air yang digunakan benar-benar bersih dan selamat.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, kira-kira 600,000 penduduk Kelantan yang meng­gunakan air telaga dan telaga tiub berisiko menghadapi masalah kesihatan dalam jangka panjang akibat daripada kandungan Fe dan Mn yang tinggi dalam air bawah tanah.

Kajian menunjukkan paras Fe di Bachok dan Kota Bharu mencecah 3.79 mg/L manakala Mn sebanyak 0.76 mg/L, jauh melebihi piawaian Kementerian Kesihatan iaitu masing-masing 0.3 mg/L dan 0.1 mg/L.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×