Tottenham sambar Kota Takai 

Tottenham sambar Kota Takai 

Tottenham telah menandatangani pemain antarabangsa Jepun, Kota Takai dari Kawasaki Frontale hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tottenham telah menandatangani pemain antarabangsa Jepun, Kota Takai dari Kawasaki Frontale hari ini.

Pemain pertahanan tengah berusia 20 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama juara Liga Europa itu dan perpindahan itu dilaporkan menelan belanja 5 juta pound menurut Sky Sports.

Takai yang telah empat kali mewakili negaranya dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik Jepun pada 2024 selepas menembusi skuad utama Kawasaki dua tahun sebelum itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia membuat 81 penampilan dalam semua pertandingan bersama kelab tersebut, menjaringkan empat gol, dan membantu mereka mara ke final Liga Juara-Juara Asia 2025.

Takai akan menghadapi saingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam pasukan bimbingan Thomas Frank berdepan Micky van de Ven, Cristian Romero, Kevin Danso dan Radu Dragusin.

Namun, laporan mengaitkan pemain antarabangsa Argentina Romero berhijrah ke Atletico Madrid.

Takai merupakan pembelian kedua Spurs dalam jendela perpindahan ini selepas pinjaman terhadap  Mathys Tel dari Bayern Munich bertukar tetap. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN