Tangis Qisya iringi pengebumian keluarga

Tangis Qisya iringi pengebumian keluarga

PUTRI Qisya Nur Izzat hiba pada pengebumian jenazah ibu bapa dan empat adiknya di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Taqwa, Jerlun, Kedah, kelmarin.-UTUSAN/SHAHIR NOORDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Tangisnya tidak kuat tetapi cukup merobek jiwa sesiapa yang mendengar apatah lagi dia kini sekelip mata menjadi yatim piatu setelah pemergian ibu bapa bersama empat adiknya yang ditemukan maut dalam Sungai Korok, kelmarin.

Putri Qisya Nur Izzat, 12, me­nyak­sikan satu demi satu jenazah ibu bapa dan adik-adiknya terma­suk bayi yang baru berusia enam bulan diturunkan ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Taqwa, Kampung Jerlun.

Meskipun kelihatan tabah dan reda dengan takdir yang berlaku, air mata Putri Qisya tidak pernah berhenti sejak pagi kelmarin, setelah menerima khabar duka bahawa seluruh keluarganya terkorban.

Sesekali, saudara terdekatnya mengusap belakang dan ada kalanya memeluk kanak-kanak itu yang matanya terus terpaku pada pusara baharu yang masih merah tanahnya.

Malah, orang ramai terutama ahli keluarga yang hadir juga tidak mampu menahan air mata. Bunyi sendu dan esakan halus berselang-seli dengan bacaan talkin.

Jenazah enam beranak, Moha­mad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak, Putra Rayyan Nur Izat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan selamat dikebumikan pada pukul 11.50 malam kelmarin.

Keenam-enam mereka ditempatkan dalam satu liang lahad berhampiran pusara Jebat Haydar, kembar kepada Tuah Haydar yang terlebih dahulu menghadap ilahi akibat masalah kesihatan pada 5 Februari lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×