Angka korban banjir Texas melebihi 100 orang

Angka korban banjir Texas melebihi 100 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERRVILLE: Jumlah korban akibat bencana banjir dahsyat yang melanda Texas sempena cuti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini kini meningkat kepada 104 orang, dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang giat dijalankan.

Pihak berkuasa daerah Kerr, yang menempatkan beberapa kem musim panas termasuk Kem Mystic, mengesahkan 84 mayat ditemukan setakat ini, termasuk 28 kanak-kanak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hanya beberapa jam selepas kejadian, pengendali Kem Mystic, iaitu kem musim panas khas untuk kanak-kanak perempuan berteraskan ajaran Kristian mengumumkan 27 orang peserta dan kakitangan mereka menjadi korban apabila air deras melanda kem pada waktu malam, 4 Julai lalu.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera berat bagi membersihkan runtuhan pokok dan meredah sungai yang masih melimpah, manakala para sukarelawan yang diselaputi lumpur menggeledah runtuhan secara manual dalam suasana yang semakin suram.

Texas Hill Country, kawasan perbukitan yang terkenal dengan kem musim panasnya, menjadi antara lokasi paling terjejas kerana di situ sahaja, 75 mayat ditemui termasuk 27 kanak-kanak.

Sementara itu, sebanyak 14 lagi kematian dilaporkan dari kawasan lain di seluruh Texas.

Menurut pihak berkuasa, sepuluh peserta kem dan seorang pengendali masih belum ditemui.

Pihak berkuasa kini berdepan persoalan berhubung kelewatan amaran cuaca dan sebab beberapa kem tidak mengarahkan pemindahan lebih awal.

Pihak berkuasa daerah mendedahkan cadangan untuk membangunkan sistem amaran banjir yang lebih mantap seumpama sistem amaran taufan pernah dibentangkan, namun ditolak oleh orang awam kerana kos yang tinggi.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan hujan lebat sehingga 10 sentimeter di kawasan San Antonio dan Austin, dengan amaran banjir berkuat kuasa sehingga 7 malam (waktu tempatan). -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×