BN dijangka bertanding 25 hingga 30 kerusi di PRN Sabah

BN dijangka bertanding 25 hingga 30 kerusi di PRN Sabah

AHMAD Maslan (dua dari kanan) ketika menyampaikan Anugerah Murid di Dewan Muafakat Johor, Taman Saujana, di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO membuat persiapan lebih awal sejak lebih setahun lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa tahun ini.

Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) kali ini lebih bersedia berbanding PRN Sabah 2020 susulan pendekatan berfokus yang diterajui pimpinan negeri.

Katanya, sepanjang lawatan ke Sabah selama tiga hari baru-baru ini, beliau mendapati jentera UMNO dan BN serta Pakatan Harapan (PH) telah dimulakan lebih awal ( tahun lalu ) berbanding PRN 2020.

“Sejak tahun lalu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin juga mengenal pasti beberapa calon berpotensi bertanding dalam PRN,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Sekolah Agama Parit Semerah dan Penyampaian Anugerah Murid  di Dewan Muafakat  Johor, Taman Saujana, di sini semalam.

PRN Sabah kali ke-17 dijangka akan diadakan pada tahun ini berikutan tempoh pentadbiran kerajaan negeri sedia ada yang ditadbir oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berakhir Oktober ini.

Bagi menghadapi PRN Sabah, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 Ogos depan, telah ditangguhkan kepada 26 hingga 29 November 2025 bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi PRN Sabah.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, UMNO berkemungkinan akan bertanding antara 25 hingga 30 kerusi pada PRN kali ini, dengan harapan semua calon parti dapat memenagi kerusi yang ditandingi.

“Kita tidak mahu lagi berdepan situasi persiapan yang lewat seperti PRN 2020, langkah kali ini lebih teratur dan menyeluruh bagi memastikan kemenangan calon-calon UMNOatau BN yang bertanding,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, sejak awal lagi jentera telah digerakkan di semua peringkat termasuk pemilihan calon yang lebih awal, latihan petugas pilihan raya serta pemetaan kawasan strategik turut dilakukan.

“Saya yakin sebab kita bukan buat persiapan saat-saat  akhir, Kita buat kursus, radu tatap radu, program anak muda, jelajah PRN kali ke-17 ikut bahagian, ikut Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×