Ikon Orang Asli Perak tekad beri ceramah percuma

Ikon Orang Asli Perak tekad beri ceramah percuma demi pendidikan

RASILA Yas menunjukkan sijil penghargaan Anugerah Ikon Orang Asli Negeri Perak yang diterimanya pada Simposium Komuniti Orang Asli Negeri Perak Tahun 2025 di Ipoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keprihatinan terhadap tahap pendidikan dalam masyarakat Orang Asli mendorong penerima Anugerah Ikon Orang Asli Negeri Perak ini, untuk terus memberi ceramah dan motivasi secara percuma bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rasila Yas, 54, yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu, memulakan usaha itu sejak tahun 2009 dengan memenuhi undangan motivasi kepada pelajar secara percuma.

Katanya, pendidikan adalah aset paling berharga mengubah nasib hidup, terutama dalam masyarakat yang kurang berkemampuan seperti Orang Asli.

“Disebabkan saya berasal dari komuniti Orang Asli, apa yang saya sampaikan lebih mudah diterima dan difahami oleh mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia pada Majlis Simposium Komuniti Orang Asli Negeri Perak Tahun 2025, di sini semalam.

Rasila menerima Anugerah Ikon Orang Asli Negeri Perak daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad atas sumbangannya dalam bidang pendidikan dan pembangunan komuniti.

Rasila berkata, kesedaran terhadap kepentingan pendidikan masih rendah dalam kalangan masyarakat Orang Asli terutama di kawasan pedalaman, bukan kerana mereka menolak kemajuan, tetapi kurang didedahkan.

“Saya berharap ada lebih ramai tokoh berjaya dari komuniti ini yang tampil untuk memberi inspirasi dan membantu membuka mata masyarakat tentang peluang dan masa depan melalui pendidikan,” katanya.

Rasila yang berasal dari suku kaum Temuan di Pengkalan Hulu, Perak, menjadi Orang Asli pertama dilantik sebagai pengetua di SMK Menglembu sejak dua tahun lalu.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Pengkalan Hulu pada 1996 dan pernah berkhidmat di Sarawak selama 10 tahun sebelum kembali ke Semenanjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN