Nasi goreng lemak cili padi

Nasi goreng lemak cili padi

KUALA LUMPUR 24 Jun 2025 - Sesi fotografi makanan di EG’s Wok Kitchen, di The Campus Ampang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
TIDAK kira pagi, tengah hari atau malam, nasi goreng sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Apatah lagi, penyediaannya yang ringkas, namun tetap menyelerakan dan mengenyangkan.
Untuk kelainan apa kata cuba nasi goreng lemak cili padi pula.
Gabungan rasa lemak dan pedasnya, pasti membangkitkan selera.
MENU nasi goreng lemak cili padi juga disediakan di EG’s Wok Kitchen.
Bahan-bahan:
-50 gram bawang merah
-15 gram bawang putih
-30 gram cili padi merah
-15 gram cili padi hijau
-20gram habanero (pilihan)
-Seinci kunyit hidup
-Pati ikan bilis (secukup rasa)
-Pes lemak cili padi
-1 keping asam keping
-Garam (secukup rasa)
-Air (secukupnya)
-Telur
-Sayur-sayuran
-Isi ayam/daging
Cara penyediaan:
-Kisar halus bawang merah, bawang putih, cili padi merah, cili padi hijau, habanero dan kunyit hidup.
-Tumis bahan kisar bersama satu batang serai dan daun kunyit sehingga wangi, kemudian simpan sebagai pes.
-Panaskan minyak dan tumis sayur-sayuran, telur dan pilihan protein hingga hampir masak.
-Masukkan pes yang telah dimasak bersama santan secukupnya dan gaul rata.
-Tambahkan nasi dan sedikit garam jika perlu, kemudian goreng hingga semua bahan sebati dan naik bau.
-Sedia untuk dihidang.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×