'Lebih baik Hamas terima gencatan atau perkara buruk berlaku'

‘Lebih baik Hamas terima gencatan atau perkara lebih buruk berlaku’

DONALD Trump berjabat tangan dengan Benjamin Netanyahu ketika kunjungannya ke Rumah Putih di Washington pada April lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan Israel bersetuju dengan syarat-syarat melaksanakan gencatan senjata selama 60 hari di Gaza dan memberi amaran kepada Hamas menerima perjanjian tersebut sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Trump membuat pengumuman itu menjelang pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dijadualkan berlangsung Isnin depan di Rumah Putih.

Pemimpin AS itu semakin mendesak kerajaan Israel dan Hamas agar mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata serta pertukaran tebusan demi menamatkan konflik berterusan di Gaza.

“Wakil saya mengadakan pertemuan yang panjang dan membuahkan hasil dengan Israel berkenaan Gaza. Israel bersetuju dengan syarat-syarat gencatan senjata 60 hari dan sepanjang tempoh itu kami akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menamatkan peperangan.

“Saya berharap demi kebaikan Asia Barat, Hamas menerima tawaran ini kerana ia tidak menjadi lebih baik malah akan menjadi lebih buruk jika menolak,” katanya.

Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Ron Dermer berada di Washington untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan pentadbiran AS mengenai kemungkinan gencatan senjata di Gaza, isu berkaitan Iran dan hal-hal lain.

Dermer dijadualkan bertemu Naib Presiden JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio dan utusan khas Steve Witkoff.

Isu ini muncul ketika 150 badan kebajikan dan kumpulan kemanusiaan antarabangsa mendesak sistem agihan bantuan di Gaza disokong Israel dan AS dimansuhkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×