Tapak nuklear Fordow rosak teruk akibat serangan AS - Araqchi

Tapak nuklear Fordow rosak teruk akibat serangan AS – Araqchi

GAMBAR satelit menunjukkan kawah baharu akibat serangan udara di kawasan kemudahan Pengayaan Bahan Api Fordow yang terletak di timur laut bandar Qom, Iran.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pengeboman Amerika Syarikat (AS) ke atas tapak nuklear utama Iran di Fordow menyebabkan kerosakan yang serius dan besar terhadap kemudahan itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi dalam satu temu bual bersama CBS News.

“Tiada siapa mengetahui apa yang berlaku di Fordow. Namun, setakat ini apa yang kami tahu ialah kemudahan tersebut mengalami kerosakan serius dan besar.

“Pertubuhan Tenaga Atom Republik Islam Iran… kini sedang menjalankan penilaian dan kajian, serta laporan penuh akan dikemukakan kepada kerajaan,” katanya dalam temu bual yang disiarkan semalam.

Bagaimanapun, laporan Washington Post pada Ahad mendedahkan bahawa komunikasi dalaman Iran yang berjaya dipintas menunjukkan usaha pihak berkuasa negara itu untuk meremehkan tahap sebenar kerosakan akibat serangan udara AS terhadap program nuklearnya.

Laporan itu memetik empat individu yang mempunyai akses kepada maklumat risikan sulit yang sedang beredar dalam kalangan pentadbiran AS.

Presiden AS, Donald Trump mendakwa, serangan tersebut ‘menghapuskan sepenuhnya’ program nuklear Iran, namun pegawai AS mengakui penilaian penuh terhadap tahap kerosakan akibat serangan hujung minggu lalu masih memerlukan masa untuk diselesaikan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×