‘Jumpa secara formal, bukan melalui WhatsApp selesaikan masalah gaji’

‘Jumpa secara formal, bukan melalui WhatsApp selesaikan masalah gaji’

MOHD. Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah (tengah) berbincang sesuatu dengan pengendali Kelantan TRW, E. Evalarasan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Isu tunggakan gaji melibatkan bekas pemain Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) perlu diselesaikan melalui perjumpaan formal, bukan sekadar melalui perbincangan di aplikasi WhatsApp atau meluah perasaan dalam media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah berkata, isu tersebut perkara serius kerana melibatkan kewangan dan perlu diselesaikan secara bersemuka dengan setiap langkah dalam proses itu direkodkan.

“Sebelum ini kita berhubung melalui panggilan telefon, tidak formal dan tidak direkodkan sama ada pemain hadir atau tidak. Sekarang setiap panggilan ada notis, dibuat secara formal dan direkodkan supaya kelak tiada lagi adu domba serta dolak-dalik. Kita ada bukti sekarang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga mahu selesaikan secepat mungkin. Lagi cepat jumpa lagi bagus. Tetapi tak bolehlah selesai macam itu sahaja atau melalui WhatsApp sahaja atau tuntut sahaja kita beri semua,” katanya kepada pemberita semalam.

Mohd. Irwan berkata, setiap pemain terlibat dalam isu tunggakan gaji mengikuti proses serta saluran yang betul dengan setiap tuntutan perlu disahkan.

“Pemain-pemain yang dipanggil berkait isu ini akan berurusan secara terus atau langsung dengan saya sendiri dan bukan melalui wakil. Masalahnya sekarang mereka yang bising di media sosial itulah yang tidak datang jumpa, sebaliknya asyik WhatsApp. Lagu mana (nak selesai)?

“Apa pun saya tetap layan (mesej) WhatsApp mereka dan tidak pernah memandang perkara itu sebagai sesuatu yang peribadi. Mereka ada hak dan kita faham masalah serta kekangan mereka. Tetapi ikutlah saluran dan bincang elok-elok,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN