Hadkan waktu bekerja pemandu bas ekspres

Hadkan waktu bekerja pemandu bas ekspres

KEMALANGAN yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sepatutnya sudah cukup untuk kerajaan mempercepatkan reformasi dalam sistem keselamatan jalan raya.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang melakukan pemantauan terhadap waktu bekerja pemandu bas ekspres dan persiaran bagi mengelak nahas jalan raya berlaku pada masa akan datang akibat daripada kecuaian sendiri.

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, pemantauan itu wajar selari tiga langkah diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Langkah-langkah diumumkan JPJ itu penting tetapi masih belum mencukupi secara menyeluruh. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu keletihan pemandu, penyelenggaraan kenderaan tidak berkala, dan budaya penguatkuasaan yang lemah masih perlu diberi perhatian.

“Tanpa pemantauan berterusan dan sistem sokongan yang kukuh, langkah ini berisiko menjadi sekadar di atas kertas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, JPJ mengumumkan tiga langkah tegas bagi mengelak tragedi yang meragut nyawa berulang seperti pe­makaian tali pinggang keledar kepada semua penumpang bas ekspres dan persiaran dan menyenarai hitam syarikat yang gagal melunaskan tunggakan saman dalam tempoh 14 hari.

Pensyarah Kanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Munzilah Md. Rohani berkata, kerajaan perlu mencari langkah bagaimana untuk memantau para pemandu pengangkutan awam.

Katanya, pemantauan itu bukan sahaja terhadap tingkah laku mereka sahaja tetapi turut kemahiran mengendali atau memandu pengangkutan awam.

“Antaranya perlu lakukan latihan terhadap pemandu supaya mereka memiliki kemahiran untuk memandu pengangkutan awam dengan baik dan menangani risiko dengan cermat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN