Skim Bantuan Makanan MAIM naik RM300

Skim Bantuan Makanan MAIM naik RM300

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Skim Bantuan Makanan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk golongan asnaf miskin dan mualaf dinaikkan dari RM250 kepada RM300 sebulan mulai esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kadar bantuan bagi asnaf fakir pula kekal iaitu RM400 sebulan.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menaikkan beberapa skim lain seperti yuran persekolahan sekolah rendah (sekali bayar) daripada RM70 kepada RM100, bantuan tunai mualaf daripada RM200 kepada RM300 dan bantuan tunai mualaf baharu daripada RM200 kepada RM300.

“Keputusan menaikkan kadar skim itu dibuat berikutan krisis kenaikan harga barang mentah yang menyebabkan barangan yang diberi kepada asnaf juga mengalami kenaikan, selain skim-skim bantuan ini juga tidak dinaikkan sejak beberapa tahun lalu.

“Bantuan makanan bulanan merupakan bantuan utama (bantuan daruriyah) yang diwujudkan kepada penerima bantuan ini yang mengambil barang makanan melalui transaksi kad pengenalan di 74 panel pembekal makanan MAIM di seluruh Melaka,” katanya.

Rahmad berkata, tahun lalu pendapatan zakat adalah sebanyak RM141.37 juta manakala perbelanjaan zakat yang diagihkan berjumlah RM151.22 juta.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar zakat yang memberi kepercayaan kepada MAIM dalam menguruskan pengagihan zakat ini. Semoga dengan sokongan, doa dan kepercayaan pembayar zakat, MAIM dapat meningkatkan hasil kutipan zakat dan sekali gus golongan asnaf di negeri ini ini terus terbela,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×