Ibu anak tiga dipenjara tiga bulan, denda RM20,000 pecah amanah

Ibu anak tiga dipenjara tiga bulan, denda RM20,000 pecah amanah wang khairat kematian

NURUL Syafiha Awang Za semasa hadir di Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang ibu kepada tiga cahaya mata dihukum penjara tiga bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini. hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang khairat kematian berjumlah lebih RM41,000.

Nurul Syafiha Awang Za, 36, yang pernah bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Felda Panching Timur, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Sazlina Shafie.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 22 November 2022, tertuduh mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuannya hari ini selepas terdapat perkembangan baharu dalam kes tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan menggunakan secara tidak jujur wang tunai berjumlah RM41,652.42, yang diamanahkan oleh Roslan Kumin, bagi tujuan pembayaran khairat kematian kepada tujuh waris peneroka Felda Sungai Panching yang meninggal dunia.

Perbuatan itu dilakukan antara Februari 2018 hingga Jun 2019, ketika tertuduh masih berkhidmat sebagai pembantu tadbir. Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM20,000, dengan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Wang jaminan turut diperintahkan untuk dikembalikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×