Iran adakan upacara pengebumian untuk komander, saintis terbunuh

Iran adakan upacara pengebumian untuk komander, saintis terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran hari ini akan mengadakan upacara pengebumian negara bagi menghormati kira-kira 60 individu termasuk pegawai tertinggi tentera dan saintis nuklear yang terkorban dalam perang dengan Israel, di tengah ketegangan yang masih berlarutan meskipun konflik 12 hari itu berakhir dengan gencatan senjata.

Upacara yang bermula seawal jam 8 pagi waktu tempatan di Dataran Enghelab, dengan jenazah diusung menuju ke Dataran Azadi, merentasi ibu kota Teheran sejauh kira-kira 11 kilometer.

Acara itu dijangka disertai ribuan rakyat Iran bagi menzahirkan penghormatan kepada ‘syuhada revolusi’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara tokoh penting yang terkorban termasuklah Mejar Jeneral Mohammad Bagheri, orang nombor dua dalam angkatan bersenjata Iran selepas Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Beliau akan dikebumikan bersama isteri dan anak perempuannya yang juga seorang wartawan, yang turut terkorban dalam serangan udara Israel.

Turut menerima penghormatan terakhir ialah Komander Pengawal Revolusi, Hossein Salami yang terbunuh pada hari pertama konflik, serta saintis nuklear, Mohammad Mehdi Tehranchi yang akan dikebumikan bersama isterinya.

Menurut Kementerian Kesihatan Iran, serangan Israel sejak perang meletus pada 13 Jun lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 627 orang awam di Iran.

Sebagai balasan, serangan Iran ke atas Israel mengorbankan 28 orang, menurut angka rasmi rejim itu.

Serangan yang turut disertai Amerika Syarikat (AS) menyasarkan tiga lokasi nuklear Iran, namun Khamenei dalam kenyataannya menyifatkan serangan itu sebagai tidak membawa kesan besar.

Dalam upacara hari ini, sekurang-kurangnya 30 lagi komander kanan tentera akan turut dihormati, termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini