Fiji buat penampilan sulung di MCKK 7s

Fiji buat penampilan sulung di MCKK 7s

BARISAN penaja bergambar pada sidang akhbar MCKK Premier 7’s yang akan berlangsung 4 hingga 6 Julai ini di Kuala Kangsar, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Akademi ragbi dari Fiji, Serevi Rugby Academy bakal membuat penampilan sulung di Kejohanan Ragbi Premier 7 sebelah (7s) anjuran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Julai ini.

Penyertaan mereka bakal memeriahkan kejohanan yang menampilkan 20  pasukan melibatkan sekolah-sekolah tempatan terbaik dan empat akademi luar negara, bersaing merebut kejuaraan edisi ke-13.

Pengarah kejohanan, Muhammad Asri Rafa’i berkata, kejohanan kali ini turut menyaksikan buat pertama kalinya akademi ragbi dari Fiji, Serevi Rugby Academy bersama sama Shizuoka Seiko Academy (Jepun), SMA Darunnajah (Indonesia) dan Vajiravudh College (Thailand), akan menyertai edisi ke-14 kejohanan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan kali pertama pasukan dari Fiji sertai kejohanan ini selepas beberapa kali kita cuba bawa mereka. Dengan kehadiran mereka diharapkan mampu memeriahkan lagi kejohanan dan menarik orang ramai untuk datang menonton perlawanan.

“Selain itu, kita juga bawa tiga lagi pasukan luar negara lain supaya dapat memberi pengalaman kepada pasukan tempatan merasai bermain dengan pasukan luar,” katanya ketika ditemui pada sidang media, semalam.

Sementara itu, pasukan tempatan yang mengambil bahagian pada tahun ini adalah 

juara bertahan, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), naib juara SMK Jalan Tiga, MCKK selaku tuan rumah, Maktab Tentera Diraja (MTD), Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Untuk rekod pada edisi lalu,  SSTMI menjadi juara kejohanan itu selepas menewaskan Aras 36-5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini