Israel bedil penjara Evin, cetus kebimbangan nasib tahanan

Israel bedil penjara Evin, cetus kebimbangan nasib tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kebimbangan semakin memuncak terhadap nasib tahanan di Iran selepas penjara Evin di Teheran, disasarkan dalam serangan udara Israel.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kompleks penjara paling terkenal dan digeruni di negara itu, dipercayai menempatkan ratusan banduan melibatkan tahanan politik, termasuk warga asing dan wanita.

Israel melancarkan serangan ke atas kompleks itu pada Isnin, sebelum Amerika Syarikat (AS) menggesa gencatan senjata.

Aktivis yang berhubung dengan penghuni penjara mendakwa, bukan sahaja pintu masuk utama musnah, tetapi juga sebahagian besar bahagian dalam penjara turut terjejas.

Menurut badan kehakiman Iran, beberapa orang turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Kumpulan hak asasi manusia mengecam tindakan tersebut dan menuduh Israel sengaja menambahkan penderitaan tahanan yang sedia tertekan.

Pusat Hak Asasi Manusia Iran (CHRI) yang berpangkalan di New York melaporkan, serangan udara Israel ke atas penjara Evin menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa kawasan penting, termasuk bahagian wanita, wad 8 yang dipercayai menempatkan tahanan politik, pusat perubatan dan pejabat pendakwa raya.

“Seluruh keluarga tahanan kini meluahkan kebimbangan dengan keadaan di kompleks tersebut,” katanya.

Laman web kehakiman Iran, Mizan Online, mengesahkan beberapa tahanan dipindahkan ke kemudahan lain di wilayah Teheran selepas serangan udara Israel membedil penjara Evin.

Jurucakap badan kehakiman, Asghar Jahangir berkata, serangan tersebut mengorbankan dan mencederakan ramai individu, termasuk kakitangan pentadbiran, tahanan dan pelawat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×