Risiko di Selat Hormuz, dua kapal 'supertanker' berpatah balik - Utusan Malaysia

Risiko di Selat Hormuz, dua kapal ‘supertanker’ berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAT HORMUZ: Dua kapal supertanker yang masing-masing mampu membawa sekitar dua juta tong minyak mentah berpatah balik secara tiba-tiba di Selat Hormuz pada Ahad, susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) terhadap kemudahan nuklear utama Iran, menurut data penjejakan kapal yang dikumpul Bloomberg.

Kapal Coswisdom Lake dan South Loyalty memasuki laluan perairan strategik itu sebelum mengubah haluan dan belayar ke arah selatan, menjauhi pintu masuk ke Teluk Parsi.

Kedua-dua kapal dilaporkan kosong ketika kejadian berlaku.

Langkah berpatah balik ini dilihat sebagai petanda awal perubahan laluan penghantaran minyak global, di tengah-tengah kebimbangan mengenai ketegangan meningkat boleh menjejaskan keselamatan perkapalan komersial di rantau tersebut.

Kementerian Perkapalan Greece turut mengeluarkan notis kepada kapal-kapalnya agar menilai semula pelayaran melalui Selat Hormuz dan mempertimbangkan untuk berlindung di pelabuhan yang lebih selamat sehingga keadaan reda.

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi hampir satu perlima bekalan minyak dunia.

Sebarang gangguan di laluan ini boleh memberi kesan besar terhadap harga minyak global dan kestabilan pasaran tenaga antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×