Simpanan uranium Iran masih selamat - Utusan Malaysia

Simpanan uranium Iran masih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seorang penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada Ahad mengesahkan simpanan uranium yang diperkaya Iran masih utuh meskipun Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga tapak nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Walaupun tapak nuklear dimusnahkan, permainan belum tamat.

“Bahan diperkaya, pengetahuan tempatan dan tekad politik masih kekal.

“Dengan hak mempertahankan diri secara sah, inisiatif politik dan operasi kini milik pihak yang bertindak bijak dan mengelak serangan melulu. Akan ada kejutan susulan!” kata Ali Shamkhani menerusi hantaran di platform X.

Stesen penyiaran rasmi Iran, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) melaporkan bahawa kesemua lokasi yang menjadi sasaran telah dikosongkan sebelum serangan dan bahan nuklear sensitif dipindahkan ke lokasi selamat, namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan tentera AS mengebom tiga kemudahan nuklear Iran – Fordo, Natanz dan Isfahan.

Menurut laporan, enam bom bunker-buster digugurkan ke atas kemudahan bawah tanah Fordo oleh pesawat pengebom B-2, manakala puluhan peluru berpandu jelajah dilancarkan dari kapal selam menyasarkan Natanz dan Isfahan.

Serangan itu merupakan tindakan terbaharu dalam siri serangan ketenteraan AS yang menyokong kempen ketenteraan Israel terhadap Iran sejak 13 Jun lalu, yang kemudian mendorong Tehran melancarkan serangan balas ke atas Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×