Kontraktor bermasalah punca projek rumah terbengkalai

Kontraktor bermasalah punca projek rumah terbengkalai

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) menyerahkan kunci rumah PR1MA kepada penerima sempena Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Tanah Rata dan Majlis Pecah Tanah PR1MA Pahang Ringlet di pekarangan Perumahan PR1MA Pahang Tanah Rata, Cameron Highlands di Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Kelemahan kontraktor dikenal pasti antara punca banyak projek perumahan terbengkalai di Pahang, sekali gus menjejaskan kehidupan pembeli dan imej agensi pelaksana kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) serta wakil rakyat sering dipersalah apabila projek tergendala sedangkan ia berpunca daripada sikap tidak profesional kontraktor sendiri.

“Saya dapati kebanyakan projek yang terbengkalai dise­babkan oleh kontraktor dan ini menyusahkan rakyat,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Tanah Rata dan Majlis Pecah Tanah PR1MA Pahang Ringlet di pekarangan Perumahan PR1MA Pahang Tanah Rata di sin, semalam.

Katanya, kontraktor yang berjaya menyiapkan projek perumahan tepat pada masa atau lebih awal daripada jadual bakal diberi keutamaan untuk melaksanakan projek baharu di Pahang.

Namun katanya, keutamaan tidak bermaksud kontraktor mendapat projek secara automatik, sebaliknya perlu melalui proses penilaian dan kelulusan seperti biasa.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 8,418 unit rumah PR1MA melibatkan 46 projek bernilai RM1.26 bilion disiapkan dan diserahkan kepada pemilik di seluruh negeri.

Menurutnya, bagi projek di Tanah Rata, pangsapuri setinggi 10 tingkat yang mengandungi 112 unit berjaya disiapkan walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Beliau turut mengumumkan projek baharu, Pangsapuri PahangKu akan dilancarkan dalam masa terdekat di Bentong, berhampiran stesen ECRL, yang kini mendapat sambutan menggalakkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×