TEHERAN: Sekurang-kurangnya 23 penduduk Israel cedera selepas Iran melancarkan puluhan peluru berpandu terhadap negara haram itu.
Serangan itu dilancarkan selepas Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom di tiga pusat nuklear Iran.
Kesemua peluru berpandu itu dilaporkan jatuh di 10 lokasi berbeza di seluruh Israel.
Serangan itu menyebabkan tiga kawasan di Tel Aviv musnah dibedil peluru berpandu Iran.
Sejumlah bangunan dilaporkan musnah di Ramat Aviv dengan blok apartment berlubang dan ada yang separa runtuh.
Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai berkata, banyak rumah terkena bedilan tersebut, sekali gus menyebabkan kemusnahan yang besar.
Namun, Zionis menyatakan tiada kemalangan jiwa berlaku memandangkan penduduk sempat masuk ke dalam bunker selepas amaran dibunyikan.









