Dunia kecam, hanya Netanyahu puji Trump serang nuklear Iran - Utusan Malaysia

Dunia kecam, hanya Netanyahu puji Trump serang nuklear Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, susulan tindakan menyerang tapak-tapak nuklear Iran, menyifatkannya sebagai “keputusan berani”.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai langkah penting dalam memastikan “keamanan melalui kekuatan” dan menafikan potensi senjata berbahaya dimiliki Iran.

Dalam satu kenyataan video yang disiarkan pada Ahad, Netanyahu berkata: “Tahniah, Presiden Trump. Keputusan berani anda untuk menyasarkan kemudahan nuklear Iran dengan kekuatan luar biasa AS akan tercatat dalam sejarah.”

Beliau menambah bahawa tindakan itu telah “menafikan rejim paling berbahaya di dunia daripada memiliki senjata paling berbahaya di dunia”.

Netanyahu turut menyatakan Israel dan AS kini berdiri bersama dalam usaha mengekang ancaman nuklear Iran, dan menyifatkan serangan itu sebagai bukti prinsip “keamanan melalui kekuatan”.

Kenyataan itu dibuat selepas AS melancarkan serangan udara ke atas tiga tapak nuklear utama Iran – Fordow, Natanz dan Isfahan – menggunakan pesawat pengebom B-2.

Trump sebelum ini menyatakan bahawa serangan itu adalah langkah pencegahan terhadap potensi ancaman nuklear dari Teheran.

Sementara itu, reaksi antarabangsa terhadap serangan tersebut bercampur-campur, dengan beberapa negara menyuarakan sokongan terhadap tindakan AS dan Israel, manakala yang lain memberi amaran tentang risiko tercetusnya konflik yang lebih luas di Asia Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×