Trump boleh hentikan perang dengan satu panggilan kepada Israel

Trump boleh hentikan perang dengan satu panggilan kepada Israel

PENYOKONG kumpulan pro-Iran di Iraq memegang plakad imej Presiden Donald Trump semasa protes menyokong Iran di Baghdad, berhampiran kedutaan AS, pada Isnin lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Amerika Syarikat (AS) boleh menamatkan antara Iran dan Israel dengan hanya satu panggilan telefon daripada Presiden Donald Trump kepada kepemimpinan rejim untuk menghentikan serangan.

Pegawai kanan Pejabat Presiden Iran, Majid Farahani berkata, rundingan diplomatik boleh disambung semula dengan mudah sekiranya Israel menghentikan serangan ketenteraan.

“Iran percaya kepada dialog terbuka. Sama ada secara langsung atau tidak langsung, itu bukan masalah.

“Trump boleh menghentikan peperangan ini hanya dengan satu panggilan telefon kepada Israel,” tegasnya sambil mengulangi pendirian Iran bahawa sebarang perbincangan tidak boleh berlaku selagi Israel terus mengebom negara itu.

Farahani turut menyentuh isu sensitiviti antarabangsa berhubung program nuklear Iran dan menegaskan Teheran tidak akan menghentikan proses pengayaan uranium, yang menurutn bertujuan aman tetapi terbuka kepada kompromi tertentu.

“Mungkin tahap pengayaan boleh direndahkan, tetapi kami tidak akan menghentikannya sepenuhnya,” jelasnya.

Kenyataan itu dibuat ketika tekanan antarabangsa semakin meningkat terhadap Iran dengan kuasa Eropah, termasuk Perancis menyokong gesaan AS dan Israel untuk larangan penuh terhadap pengayaan uranium.

Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Christophe Lemoine berkata, Perancis kini berpendirian jelas terhadap pengayaan sifar.

Iran mempertahankan keperluannya terhadap uranium yang diperkaya untuk penggunaan tenaga dan perubatan, walaupun pengeluaran bahan hampir kepada tahap senjata nuklear terus menimbulkan kebimbangan global.

Keputusan Trump untuk membuka ruang rundingan selama dua minggu sebelum membuat keputusan muktamad sama ada akan menyerang Iran memberikan sedikit harapan walaupun tipis untuk mencapai perjanjian damai.

“Jika AS terlibat dalam peperangan ini, terlalu banyak pilihan yang tersedia dan semuanya berada di atas meja,” kata Farahani.- CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×