Inovasi kerusi urut lancarkan peredaran darah - Utusan Malaysia

Inovasi kerusi urut lancarkan peredaran darah

Lim Mee Ling (dua dari kiri) bersama Prof. Dr. Saad (dua dari kanan) ketika Majlis Penyerahan dokumen rasmi penyelidikan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kualiti tidur rendah pada waktu malam boleh mempengaruhi kecergasan dan kesihatan tubuh badan.

Ia boleh dirasai individu apabila tubuh cepat letih dan tidak bermaya selepas bekerja sepanjang hari.

Sehubungan itu, jenama kerusi urut, OGAWA memperkenalkan produk inovasi terbaharunya, OGAWA Master Drive AI 2.0 yang berfungsi untuk mengatasi masalah berkaitan melalui peningkatan gaya hidup.

Reka bentuk elegan sesuai dengan fungsinya untuk memberikan rehat yang lebih optimum.

Ia adalah hasil kerjasama dengan Universiti Malaya (UM) dalam menghasilkan kerusi urut automatik terhadap peredaran darah serta meningkatkan kualiti tidur.

Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA, Datuk Lim Mee Ling berkata, kesan kumulatif kurang tidur atau gangguan tidur boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit seperti darah tinggi, diabetes, obesiti, kemurungan, serangan jantung serta strok.

Malah menurutnya, Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah kemurungan dan kecelaruan meningkat sebanyak 17 peratus dalam tempoh enam tahun iaitu 12 peratus pada 2011 kepada 29 peratus pada 2017.

“Melalui penyelidikan bersama ini, kami berharap kajian yang dilakukan dapat memberi penerangan lebih mendalam bagi meningkatkan lagi proses perkembangan produk kami.

“Dalam masa sama, kami berharap untuk mendidik masyarakat umum mengenai manfaat kesihatan yang terdapat pada kerusi urut OGAWA,” katanya.

Produk inovasi itu dilengkapi 5,184 kombinasi urut untuk pelbagai penyelesaian kesihatan menampilkan teknologi Artificial Intelligence (AI) canggih termasuk sistem pengecaman wajah, Health Tracker and Scanner serta AI-Powered Automated Analyst yang menggunakan algoritma.

Ia bertujuan untuk mengumpul dan mengurus data bagi menyesuaikan kerusi urut dengan penyelesaian yang tepat dan sesuai mengikut keperluan kesihatan pengguna.

“Peningkatan pembiayaan rawatan kesihatan pada zaman sekarang menjadikan pengurusan kesihatan sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Kami percaya bahawa pasaran kesihatan dan kecergasan mempunyai potensi perkembangan yang sangat maju.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan platform perkhidmatan kesihatan dan membangunkan sistem pengurusan kesihatan keluarga dengan kerusi urut sebagai teras dan memperkembangkan rangkaian produk kami,” tambah Lim.

TINGKATKAN JANGKA HAYAT
Penyelidikan bersama ini dijalankan berdasarkan kajian dilakukan sekumpulan individu yang menggunakan produk berkenaan.

Dengan menggunakan teknik yang ditetapkan, kajian itu menunjukkan hasil positif iaitu 100 peratus peningkatan ketara dalam pengedaran darah sebanyak 81.32 peratus. Manakala, 100 peratus peserta turut mencatatkan peningkatan kualiti tidur dan kecekapan tidur sehingga 88.73 peratus.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, Prof. Dr. Saad Mekhilef menjelaskan pihaknya berminat untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan berkenaan bagi berkongsi pengetahuan selain membantu meningkatkan kesejahteraan negara secara menyeluruh. Ia sekaligus dapat meningkatkan jangka hayat rakyat di negara ini.

“Kesejahteraan tubuh tidak hanya merangkumi diet sihat dan senaman yang konsisten, tetapi rawatan urut juga dapat membantu jiwa dan raga individu. Rawatan urut dapat membetulkan postur dan meningkatkan imuniti.

“Melalui kajian ini, kami ingin menekankan kepentingan urut dan kebaikan yang dapat dimanfaatkan untuk kesihatan seluruh badan. Sama ada untuk melegakan sakit otot, mengurangkan tekanan atau meningkatkan imuniti, rawatan urut dapat meninggalkan kesan yang positif pada kehidupan seharian anda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×