Iran masih tutup ruang udara - Utusan Malaysia

Iran masih tutup ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran melanjutkan tempoh pembatalan semua penerbangan domestik dan antarabangsa sehingga pukul 2 petang waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia) hari ini

Penyiar televisyen Iran, IRIB memaklumkan, langkah ini diambil susulan serangan udara yang dilancarkan oleh Israel pada Jumaat lalu sekali gus menyebabkan Iran menutup ruang udaranya sebagai langkah keselamatan.

Israel turut mengambil tindakan serupa dengan menutup ruang udaranya kepada semua penerbangan

Penutupan ruang udara ini telah memberi kesan besar kepada operasi penerbangan di rantau Timur Tengah sekali gus memaksa beberapa negara untuk mengatur pemindahan rakyat mereka melalui jalan darat menerusi negara jiran.

Antara syarikat penerbangan yang terjejas termasuk Emirates, Qatar Airways, Turkish Airlines dan Etihad Airways, yang telah membatalkan atau mengubah laluan penerbangan mereka ke Iran, Israel dan beberapa negara lain di rantau tersebut.

Situasi ini dijangka berterusan sehingga terdapat jaminan soal keselamatan di kawasan yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×