Israel serang Iran: Hampir 700 maut, lebih 1,000 cedera - Utusan Malaysia

Israel serang Iran: Hampir 700 maut, lebih 1,000 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN:  Sekurang-kurangnya 639 orang terbunuh dan 1,329 lagi cedera dalam siri serangan udara Israel terhadap Iran sejak minggu lalu, menurut laporan kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Washington, Human Rights Activists.

Kumpulan itu menyatakan angka korban termasuk 263 orang awam dan 154 anggota pasukan keselamatan Iran.

Data ini diperoleh melalui semakan silang laporan tempatan dengan rangkaian sumber dalaman mereka di seluruh negara.

Iran sendiri belum mengeluarkan angka rasmi terkini, dan sebelum ini hanya melaporkan 224 kematian serta 1,277 kecederaan setakat Isnin lalu.

Letupan besar dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Teheran, termasuk di timur bandar berhampiran akademi Pasukan Pengawal Revolusi.

Ramai penduduk dilaporkan meninggalkan ibu kota dalam keadaan panik, manakala kedai dan pasar purba Grand Bazaar ditutup, sesuatu yang jarang berlaku kecuali dalam situasi krisis besar.

Israel menyatakan bahawa serangan ini bertujuan melemahkan keupayaan ketenteraan dan nuklear Iran.

Namun, kumpulan hak asasi memberi amaran bahawa peningkatan korban awam boleh mencetuskan krisis kemanusiaan dan ketegangan serantau yang lebih luas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×