AS tutup kedutaan di Baitulmuqaddis hingga Jumaat

AS tutup kedutaan di Baitulmuqaddis hingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penutupan sementara kedutaannya di Baitulmuqaddis sehingga Jumaat susulan konflik ketenteraan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran di tengah-tengah spekulasi kemungkinan campur tangan ketenteraan oleh Washington.

“Berdasarkan situasi keselamatan semasa dan selaras dengan arahan Komando Barisan Dalam Negeri Israel, Kedutaan AS di Baitulmuqaddis akan ditutup bermula Rabu, 18 Jun sehingga Jumaat (20 Jun),” menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kedutaan itu.

Pada hari kelima konflik antara dua seteru Asia Barat itu, pegawai-pegawai turut mengarahkan semua kakitangan kerajaan AS dan ahli keluarga mereka untuk terus berlindung di kediaman masing-masing sehingga diberitahu kelak.

Presiden, Donald Trump dilaporkan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara selepas menggesa Iran supaya menyerah dan memberi amaran AS boleh membunuh Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei jika mereka mahu.

Kenyataan kedutaan itu juga menegaskan tiada pengumuman setakat ini mengenai pemindahan rakyat AS keluar daripada kawasan krisis tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×