'Selagi Iran tidak serang AS, nyawa Ali Khamenei selamat'

‘Selagi Iran tidak serang AS, nyawa Ali Khamenei selamat’

iran
ALI KHAMENEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak rancangan Israel untuk membunuh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam beberapa hari kebelakangan ini.

“Adakah Iran telah membunuh rakyat AS? Belum. Jadi selagi itu belum berlaku, kami tidak akan pertimbang untuk menyerang kepimpinan politik mereka,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran AS kepada agensi berita Reuters.

Menurut sumber tidak dinamakan, pegawai kanan AS telah berhubung secara berterusan dengan pegawai Israel sejak rejim Zionis itu melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran dalam usaha menghentikan program nuklearnya.

Israel memaklumkan mereka berpeluang untuk membunuh pemimpin tertinggi Iran tersebut namun rancangan itu ditolak Trump.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mesej penolakan itu disampaikan sendiri oleh Trump walaupun beliau dilaporkan sering berkomunikasi dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Terlalu banyak laporan palsu tentang perbualan yang tidak pernah berlaku, dan saya tidak mahu mengulas lanjut,” kata Netanyahu ketika ditanya mengenai laporan Reuters itu dalam satu temu bual bersama Fox News.

Netanyahu memberitahu, Israel akan lakukan apa yang perlu dan percaya AS juga tahu apa yang terbaik untuk negara mereka.

Trump sebelum ini masih berharap rundingan semula antara AS dan Iran berkaitan program nuklear Teheran dapat diteruskan.

Namun, rundingan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad di Oman dibatalkan susulan serangan Israel terhadap Iran.

Trump turut memberitahu Reuters pada Jumaat bahawa AS tahu segala-galanya mengenai serangan Israel itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×