Polis mula siasat kes lelaki cium kanak-kanak - Nancy

Polis mula siasat kes lelaki cium kanak-kanak – Nancy

TANGKAP layar media sosial dikongsi pemilik akaun X @JatIkhwan yang mendedahkan kejadian seorang lelaki warga tempatan yang didakwa mencium kanak-kanak.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sudah memulakan siasatan berhubung satu hantaran tular yang memaparkan seorang lelaki mencium seorang kanak-kanak perempuan sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihak polis sedang menyemak untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan identiti pelaku yang terbabit dalam kejadian itu.

Menurut Nancy, pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga bersedia melaksanakan tanggungjawab sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh, bagi tindakan susulan yang wajar dan segera diambil kementerian.

“Terima kasih PDRM dan semua yang telah tag saya. Isu perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya dalam kenyataan melalui aplikasi X, hari ini.

Kenyataan tersebut sebagai reaksi tindak balas kepada hantaran tular oleh akaun @JatIkhwan yang mendedahkan kejadian seorang lelaki warga tempatan yang didakwa mencium seorang kanak-kanak. 

Menurutnya, terdapat pengguna media sosial yang berkongsi hantaran daripada seorang pemilik akaun TikTok yang memuat naik gambar melakukan aksi tidak sepatutnya bersama seorang kanak-kanak perempuan di aplikasi tersebut

Gambar kedua yang turut dimuat naik oleh akaun berkenaan jelas menunjukkan seorang kanak-kanak itu berada di atas motosikal bersama lelaki dipercayai individu sama.

Lokasi kejadian dan identiti kedua-dua individu dalam gambar masih belum diketahui setakat ini, namun ramai pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak terlibat.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kandungan yang dimuat naik tidak lagi dapat diakses oleh pengguna umum, namun akaunnya dipercayai masih wujud.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×