Orang awam dinasihat tidak cetus spekulasi kes Yusoff Rawther

Orang awam dinasihat tidak cetus spekulasi kes Yusoff Rawther

MUHAMMED Yuso Rawther selepas dilepaskan dan dibebaskan tanpa membela diri daripada dua pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kelmarin. UTUSANSYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak digesa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat spekulasi dan berbaur fitnah berhubung keputusan kes membabitkan seorang bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklum kan, sebarang bentuk keputusan keadilan tidak boleh terjejas
oleh perbicaraan media, sindiran awam, kedudukan atau persepsi.

“Apatah lagi jika kenyataan tersebut dibuat di luar skop alasan keputusan yang diberikan oleh mahkamah.

“Jabatan ini kekal komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggung
jawabnya menurut Perlembagaan dengan berintegriti, saksama dan menghormati proses pengadilan,” katanya semalam.

Muhammed Yusoff yang merupakan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik dilepaskan dan dibebaskan tanpa membela diri daripada dua pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan, tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan terhadap tertuduh yang berusia 32 tahun.

Menurut AGC, pihaknya akan meneliti keputusan dan mempertimbangkan semua aspek berkenaan sebelum membuat
tindakan selanjutnya.

Katanya, AGC menghormati keputusan mahkamah itu dan mengambil maklum alasan keputusan diberikan dalam kes
tersebut kerana tujuan sesuatu pendakwaan dijalankan adalah untuk memastikan keadilan tercapai berdasarkan bukti dan nas undang-undang.

“Jabatan ini menyedari bahawa kes ini telah menarik perhatian umum. Sepanjang prosiding, jabatan ini telah bertindak
menurut batas kebebasan pendakwaan dan proses undang-undang.

“Pendakwaan telah dijalankan berdasarkan penelitian secara berhati-hati terhadap bukti yang tersedia dan tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×