Daging goreng kailan rangup

Daging goreng kailan rangup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Memuatkan artikel berkaitan…
Daging goreng kailan merupakan hidangan ringkas namun penuh rasa, terutamanya apabila dinikmati bersama nasi panas.
Kombinasi daging yang empuk bersama sayur kailan yang rangup memberikan keseimbangan tekstur dan rasa yang memikat selera. Menggunakan beberapa bahan asas dan langkah penyediaan yang mudah, anda boleh menyediakan menu istimewa ini di rumah untuk hidangan makan tengah hari atau malam. Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Abdul Qayyum Halid atau lebih dikenali sebagai Che Sayang di Tiktok.
Bahan-bahan:
300 gram daging
1 sudu besar soda bikarbonat
Sedikit perahan lemon
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
3 ulas bawang putih diracik
Sayur kailan
Cara penyediaan:
1. Perapkan daging bersama soda bikarbonat untuk melembutkan. Perap sekurang-kurangnya lima minit
2. Kemudian, bilas daging dengan air. Untuk kurangkan rasa soda bikarbonat, perahkan lemon dan gaulkan. Masukkan pula sos tiram dan minyak bijan.
3. Tumiskan bawang putih dan masukkan daging yang sudah digaul sos tiram tadi dan biarkan sekejap sehingga air daging keluar.
4. Asingkan air daging tersebut bagi mendapatkan gorengan daging yang cantik
5. Selepas daging betul-betul masak, masukkan air daging tadi kembali, tambah sedikit minyak lalu masukkan kicap dan batang  kailan.
6. Seterusnya, masukkan pucuk kailan serta gaul sehingga sebati dan siap untuk dihidang.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini