Pameran Halaman ASEAN gebang ilmu kenal sejarah

Pameran Halaman ASEAN gebang ilmu kenal sejarah

PAMERAN Halaman ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor-Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12 yang berlangsung dari 7 hingga 10 April, lalu di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERSEMPENA Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Perpustakaan Perkhidmatan Kewangan (FSL) melancarkan pameran Halaman ASEAN. Pameran ini dianjurkan bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor-Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12 yang berlangsung dari 7 hingga 10 April, lalu di Kuala Lumpur. Pameran ini berhasrat untuk membawa semangat dan lambang kerjasama dan kesatuan serantau.

Pameran ini meneroka perkembangan dan pembangunan budaya setiap negara ASEAN sekali gus mempromosikan hasil karya yang diterbitkan setiap negara.

Pameran ini membawa pengunjung mengenali sejarah penubuhan negara, destinasi pelancongan menarik dan hasil karya kesenian seluruh ASEAN. Pengunjung juga mendapat informasi berkaitan silang budaya yang membentuk rantau ini dan berpeluang melihat beberapa artifak serta replika yang jarang ditemui dari negara-negara ASEAN.

Pameran ini turut menampilkan pelbagai penerbitan dan bahan eksklusif, pameran buku gergasi, jualan buku serta ulasan buku.

Pameran ini turut menyediakan sudut seni mewarna bagi menghasilkan penanda buku bermotifkan bunga-bunga kebangsaan negara-negara ASEAN.-UTUSAN

MOHD. IRMAN MOHD. DIN
Timbalan Pengarah Perpustakaan
Perkhidmatan Kewangan (FSL)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×