Man-Tee, Aaron-Wooi Yik bertarung lagi

Man-Tee, Aaron-Wooi Yik bertarung lagi

Aaron Chia (kanan) yang bergandingan dengan Aaron Tai di Terbuka China tews pada pusingan pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan mengulangi skrip menarik perlawanan akhir Malaysia Masters 2025 apabila bertemu rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, hari ini.

Juara Malaysia Masters 2025 itu menewaskan pasangan China, Huang Di-Liu Yang 21-16, 21-16 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura semalam.

Wei Chong berkata, beliau tidak mahu terlalu memikirkan pertemuan itu, sebaliknya berasa bangga kerana sekurang-kurangnya satu pasangan negara sudah pasti mara ke separuh akhir kejohanan berstatus Super 750 itu.

“Saya harap dapat bertemu Aaron-Wooi Yik kerana mereka juga wakil Malaysia. Dengan pertemuan ini, sekurang-kurangnya ada wakil negara di separuh akhir esok,” kata Wei Chong.

Sementara itu, Aaron pula menganggap pertemuan menentang Wei Chong-Kai Wun seperti satu sesi latihan biasa dan enggan mengungkit kekalahan mereka di final Malaysia Masters baru-baru ini.

“Saya rasa ia tidak penting untuk membalas dendam. Yang penting kita gembira kerana sudah pasti ada wakil Malaysia di separuh akhir.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, perlawanan ini seperti latihan di akademi,” kata Aaron.

Dalam perkembangan lain, beregu No. 1 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut menewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King 21-13, 21-11 dalam tempoh 33 minit pada aksi pusingan kedua, semalam.

Sze Fei-Izzuddin bakal menghadapi cabaran sebenar apabila menentang beregu utama India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam perlawanan suku akhir hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×