Warga Indonesia tak mengaku rompak dua telefon di tempat awam

Warga Indonesia tidak mengaku rompak dua telefon di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak di sekitar ibu negara, awal bulan ini.

Penganggur, Moh Royyin, 28, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak seorang lelaki warga China dengan mengambil sebuah telefon bimbit jenama Oppo V8 Ultra milik mangsa bernilai RM4,000 di Dataran Merdeka, di sini pada pukul 8 malam, 16 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Moh Royyin didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama iPhone 16 bernilai RM4,000 milik seorang wanita di hadapan premis Tutti Frutti, Fahrenheit, Bukit Bintang pada pukul 5.30 petang, 8 Mei lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aishah Zanyuin memohon tiada tawaran jaminan diberikan ekoran tertuduh tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah namun tertuduh merayu agar dia dibenarkan untuk diikat jamin.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan dan memerintahkan Moh Royyin direman sehingga tarikh sebutan semula kes pada 2 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×