Mindef, SKMM bangun sistem radar pertahanan udara jarak jauh

Mindef, SKMM bangun sistem radar pertahanan udara jarak jauh

Mohamed Khaled Nordin menyaksikan perjanjian yang ditandatangani antara Mohamad Salim Fateh Din (kanan) dengan Lokman Hakim Ali sempena LIMA’25 di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memeterai perjanjian pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Pengerusi Eksekutif SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Majlis perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menerusi kenyataan bersama, perjanjian tersebut adalah simbolik kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa keupayaan serta kesiapsiagaan sistem pertahanan negara menerusi penyediaan infrastruktur ketenteraan kritikal berteraskan teknologi komunikasi dan ke­selamatan.

Selain itu, katanya, perjanjian itu turut melambangkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa keselamatan negara melalui pendekatan kolaboratif antara sektor awam dengan pertahanan.

“Menerusi perjanjian ini, SKMM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bersama-sama melaksanakan inisiatif strategik menyeluruh bagi pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh TUDM.

“Sistem radar yang baharu ini bakal memperkukuh ke­upayaan pemantauan dan kawalan ruang udara di wilayah selatan Semenanjung Malaysia dan secara langsung menyumbang kepada pengukuhan ke­selamatan serta kedaulatan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×